Isnin, Disember 17, 2012

Hati Yang Berubah



Hati Yang Berubah.

Dalam dunia ini tiada yang kekal melainkan Allah. Seringkali terjadi dalam hidup kita, kita dambakan yang sangat terbaik. Berdasarkan pengalaman saya, ramai antara yang mudah kecewa dengan hidup apabila apa yang diinginkan tidak terhasil.

Apa yang saya ingin kisahkan kali ini adalah cerita perebutan hati seorang kekasih. Cerita ini adalah benar dan berlaku juga dalam lipatan sejarah hidup saya. Cuba pembaca sekalian bandingkan kisah ini dalam hidup sekalian.

Suatu hari hubungan saya telah berakhir dengan seorang perempuan yang sangat serasi dengan hati saya. Saat itu saya rasa dunia saya berkecai dan gelap gelita. Dalam mencari sinar itu, saya banyak bertanya pada ramai orang malah pencarian di Internet berkaitan masalah saya, untuk merawat hati yang terluka. Saya juga lakukan perkara yang sama lelaki lain lakukan, merayu agar kekasihnya terima dia kembali, mengugut dia, memarahi dia malah lakukan sesuatu untuk menarik hati dia. Ini yang biasa kita lakukan dalam merebut cinta.

Namun, jauh di sudut hati saya mengetahui apa yang saya buat tidak akan berhasil. Saya memahami dia jauh lagi mendalam daripada apa yang saya sangkakan. Sahabat saya dia bercerita, ketika dia putus dengan kekasihnya, ada lelaki lain yang hadir dalam membantu dia mengatasi masalahnya. Banyak member dorongan, nasihat dan untungnya, dia mudah jatuh cinta. Mengapa saat begitu perempuan akan tertarik?
Benar, perasaan mereka berbeza ketika itu. Cinta boleh datang secara tiba-tiba dan boleh hilang juga secara tiba-tiba. Isteri juga ada masanya akan rasa hilang hormat pada suami, malah suami juga boleh tinggalkan isteri. Ini adalah masalah hati dan perasaan yang boleh wujud bila-bila masa.

Ketika perkara ini saya ketahui, saya terfikir. Saya benar menyayangi dia, dan saya mengharapkan dia akan bahagia. Apa cara yang saya boleh buat? Saya bertanya hati ke hati dengan dia. Baru saya ketahui dia ada orang lain bersama dengan dia. Dan saya diberitahu lelaki itu meminati dia. Saya lihat dari sudut yang berbeza. Memang saya sangat cemburu, malah jantung saya berdegup sangat kencang tetapi saya faham hati perempuan jangan dipaksa. Dia yang akan tanggung segala masalah selepas ini atas pilihannya. Lagipun saya tahu usaha lelaki itu pasti ingin memiliki dia. Apapun cara, yang nampak baik adalah di pihak dia. Menyerang lagi mudah banding dengan bertahan dalam hubungan. Ini yang sering terjadi.

Sebagai tugas terakhir, saya ingin hadiahkan dia sesuatu yang paling bernilai dalam hidup dia yakni pengalaman. Pengalaman yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Tidak guna saya lafazkan betapa tingginya cinta dan pengorbanan saya apabila hatinya sudah berubah. Apapun yang saya buat, tidak akan meninggalkan kesan yang mendalam. Jadi, saya corakkan sesuatu.

Dalam membuatkan seorang perempuan makin menyintai seorang lelaki, kita jadi yang terburuk. Semakin dia cuba ingin jauhi, semakin dia mudah ingin merapati orang lain. Sebagai seorang teman, saya menangis berkali-kali ketika saya berfikir. Bayangkan, seorang perempuan yang saya ingin jadikan sebagai seorang isteri, teman hidup semati, pelbagai perkara yang saya buat, hasilnya pergi kepada orang lain. Namun, inilah realiti kehidupan.

Demi Allah, saya tidak menipu dalam hal ini. Saya ada hantar pesanan ringkas kepada bakal kekasih kepada bekas kekasih saya. Saya tahu, peraturan penting adalah jangan mengganggu lelaki itu. Apabila saya mengganggu, saya akan buat dia makin kecewa. Jujurnya, lelaki itu langsung tidak menjawab message2 saya. Masa awal-awal dahulu sahaja dia jawab, pada hari pertama saya message dia. Selepas itu, sudah tiada. Semangat saya berkobar-kobar kerana saya tahu dia tidak jawab ada maksud. Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Sebab saya tahu semakin banyak saya hantar message, semakin dia cuba merampas hati kekasih saya. Kenapa? Perasaan dia dicabar, kerana setiap kali message saya dihantar, apa hati dia? Baca dengan tenang atau rasa seperti ingin marah? Message yang saya hantar semuanya baik-baik. Bertanya khabar, luahkan perasaan saya malah saya ajak berkawan. Tetapi diabaikan? Allah sahaja yang tahu. Cuma ada 2 message yang terakhir saya hantar tunjukkan sifat marah saya. Nanti saya akan cerita kenapa perkara itu berlaku.

Kepada kekasih saya, saya buat sesuatu yang romantik dan kemudiannya saya jadikan ia sebagai satu perkara yang buruk. Saya mahu dia sedar dalam hidup tidak semuanya akan manis. Kita sahaja yang nampak manis tetapi hakikatnya hanya sedikit sahaja.
Apa yang saya buat; 

 Saya tuntut semua pemberian saya.
Haram pemberian dituntut semula. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak halal bagi seorang lelaki yang sudah memberikan satu pemberian atau sudah menghibahkan satu hibah menuntut balik sesuatu pemberian atau barang yang dihibahkan kepada orang lain, kecuali penarikan balik oleh bapa terhadap pemberian yang diberi kepada anaknya.”

2.       Buatkan lelaki itu tercabar
Saya cerita apa yang kekasih saya buat. Hantar apa-apa sahaja yang buat lelaki itu tak senang duduk. Apa yang lelaki itu fikir? Takkan dia hanya berdiam diri? Mesti dia semakin cuba untuk rapati apatah lagi sentiasa boleh berhubung dengan dia. Jadikan apa yang tak patut dibuat sebagai benteng diri.

3.       Saya cerita saya ambil kelas menghafal al Quran.
Perempuan akan berfikir saya belajar kerana dia? Sebenarnya kelas ini saya sertai sejak Jun lagi. Namun, Ustaz saya nasihat dalam belajar jangan sombong. Sebab itu saya diam je. Kenapa? Nilai ini dia akan nampak ketika berkahwin dengan saya. Saya mula belajar ketika saya berasa sangat kerdil apabila sahabat-sahabat dakwah saya ratanya orang yang sangat berilmu. Saya rasa ilmu saya masih belum cukup. Tetapi hati saya masih belum lagi jernih. Adakah ini sebab Allah pisahkan kami?

4.       Sengaja merumitkan keadaan
Dia mengenali sebagai seorang yang cuba selesaikan sesuatu masalah. Namun, saat ini dia tidak nampak apa yang saya buat adalah untuk kebaikan dia. Dalam kaca mata dia, saya ini ibarat gangguan dalam hidup dia. Namun, suatu masa nanti dia akan berterima kasih kepada saya atas apa yang berlaku.

5.       Sengaja berhubung dengan perempuan lain dan forward message kepada dia
Dia akan yakin saya akan bahagia dengan orang lain. Berdasarkan pengalaman, jarang kita jumpa lelaki yang sukakan kita suruh kita pilih orang lain. Dalam email yang diberi pun, kesanggupan dia untuk benarkan kami berhubung pun tidak. Kerana dia juga ada sifat cemburu. Macam saya kata, setiap lelaki ada sifat untuk menguasai. Adakah pasangan saya mengetahui perihal ini? Abaikan apa yang saya ingin lakukan? Benar, macam saya cerita, tidak ramai yang memahami perasaan sendiri dan orang lain.
Ketika bercinta, memang semua perkara nampak baik dan indah. Sanggup menerima walaupun teruk. Namun, hakikat yang jarang orang nampak sifat sebenar pasangan itu. Awalnya, memang tidak kisah tetapi pada masa berkahwin, itu jadi perkara ungkitan.

Saya pernah bertemu dengan seorang pengurus rumah kebajikan, saya adalah orang yang mudah berbual malah kebanyakkan orang mudah bercerita hal rumit kepada saya. Dalam diam-diam, dia tercerita yang dia pernah bercerai sekali. Saya tanya punca perceraian. Ceritanya, suami dia dulu awalnya terima dia walaupun dia tahu dia tidak suci, tetapi lepas dapat anak pertama, sikap suaminya mula berubah. Dituduhnya anak haram lah, berzina ketika ketiadaan dia, walhal masa itu dia tidak buat apa-apapun. Dia mengaku yang dia pernah terlanjur bkali-kali dengan kekasih lama dia sebelum berkahwin. Dia putus kerana tidak sanggup lagi lakukan perkara terkutuk itu. Dia ingatkan bila berkahwin dengan orang yang warak dan lembut, tidak akan timbul masalah kemudian malah sudah dapat anak hasil perkahwinan mereka ketika itu baru 2 tahun. Saya tanya nama bekas suami, eh, ustaz popular juga suami dia.

Saya terdiam. Bagi saya, kenapa lelaki begitu berubah hati? Itu yang dikatakan awal perkahwinan atau percintaan memang nampak indah.

Saya bertanya, di mana bekas kekasih dia? Dia tersenyum sambil memuncungkan mulutnya kepada pemilik rumah kebajikan itu. Fahamlah saya suami dia bekas kekasih dia dulu. Saya bertanya apa yang terjadi. Dia kata suami dia sayangkan dia, cuma saat itu hatinya tertutup untuk terima dia walaupun dilamar. Tetapi, jodoh itu tidak dapat dielak. Hatinya makin terpaut melihat kesabaran dan kebaikan lelaki itu. Dia tahu lelaki itu ikhlas, dan dia dapat rasa segalanya menggembirakan bila berkahwin dengan dia. Apa yang berlaku? Dulu benci kini cinta? Dan perkahwinan mereka sudah 11 tahun?

Setiap manusia itu boleh berubah. “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” QS 13:11.

Saya sangat mengenali kekasih saya. Apabila hadir seseorang yang boleh beri cadangan dan idea kepada dia, dia akan ikut nasihat orang itu. Tidak kisahlah atas apa niat, sebagai kawan, kekasih mahupun teman. Itulah punca saya selalu tegur dia, di mana jati diri dia? Andaikata orang lakukan kerana menyintai kamu semata-mata, adakah kamu fikir dia akan selamanya begitu? Tetapi jika kamu lihat dia sebagai orang yang menasihati  dan membantu kamu tidak kira masa, malah sahabat kamu dibantu walaupun bukan urusan dia, adakah kamu rasa kebaikan dia hanya dibuat-buat?

Jangan menghukum dia kerana layanan sekarang terhadap kamu sebelum kamu mengetahui hatinya.
Perkahwinan akan bahagia jika kamu mengetahui apa sebenarnya berlaku. Belajarlah berkomunikasi. Berikan yang terbaik. Ingat, seorang yang benar-benar ikhlas pemberiannya akan beri apa yang dia paling sayang dalam hidup jika kamu minta padanya. Setiap lelaki itu ada keistimewaannya, ada yang menyayangi keluarganya, ada yang sangat periang, ada yang dalam diam-diam berubah kepada yang jauh lagi baik.

Masa hadapan susah untuk dijangkakan. Sekarang memang rasa perit, tetapi itu akan manis dengan masa.
Jadi, pembaca sekalian. Dalam hidup, jika kita tahu satu musibah akan berlaku, halanglah ia sebelum terlambat. Kita sudah rasa peritnya bagaimana suatu yang pahit itu berlaku, adakah kita ingin ia berlaku pada orang yang kita sayang? Kita bagi gambaran awal masalah yang timbul, supaya yang akan terjadi dapat dihalang.

Semua orang akan buruk-burukkan kita, namun jangan bersedih jika apa yang kita buat adalah untuk kebaikan dan kebahagiaan. Percayalah, jodoh itu milik Allah. Memang kita ada hak untuk bersedih, tetapi kita juga ada hak untuk bahagia. Nasihat saya, ketika isteri orang dalam masalah, nasihatlah dengan cara yang berhemah. Jangan ambil kesempatan, kerana perempuan mudah hanyut dalam perasaan sendiri. Si suami, dididiklah isteri kamu dengan ilmu agama, tegas dalam menegurnya, sayangi dia sepertimana kamu sayangi diri sendiri, bsusah payahlah untuk dia. 

Ya Allah, Kau berilah aku petunjuk ke jalan yang benar, jangan Engkau sesati aku lagi. Jika dia benar jodohku, maka permudahkan.

Note: Ayat saya jika dibaca dalam keadaan emosi, mungkin akan timbul salah faham. Tetapi apabila dibaca orang yang pernah alami, mereka memahami maksud saya. Dan karangan saya ini berdasarkan pengalaman saya yang sebenar. Hidup kita masih panjang, saya sentiasa doakan kebahagiaan dia. Mungkin Allah kabulkan doa kami dalam cara begini. Wallahu’alam

Tiada ulasan :

Catat Ulasan