Sabtu, April 23, 2011

Porn Website

Aduyai, neh yang aku menyampah giler ngan spammer-spammer kat luar sana tue. Patut ke sent kat email aku website punye porn? Haruslah aku teransang melihatnya! Kang aku rogol orang nanti sapa yang salah? Aku juga yang salah. Dah la bile nak close, pop up yang lain. Bile nak exit, kuar banyak notification. Last-last restart balik je laptop neh. Kang tak pasai2 meletup lak laptop neh!


  
Click Serch..Hahaha



Hujung minggu lak tue. Teringat pula kata-kata hikmah ketika aku masih di alam baik-baik dulu. Lelaki mudah melakukan dosa apabila ia mempunyai banyak masa, banyak duit dan juga banyak nafsu. So, fikir-fikirlah lelaki di luar sana. Ada je masa lapang apa salahnya balik ke kampung. Tak pun pegi la rumah kebajikan menaburkan bakti. 

Cube tengok wajah kana-kanak yang riang. Itu lagi bermakna!

Tak tahu kat mana rumah kebajikan? Huh, banyak je kowt. Contoh macam Pernim kat Cheras, Rumah Kebajikan Anak-Anak Istimewa, malah pusat pelindungan untuk warga emas pun ada. Susah-susah cari je kat Jalan Barat Petaling Jaya. Kalau pahala dah banyak sampai leh jamin masuk syurga, tak ape la kan. Tapi kalau tiap-tiap hari buat dosa, kenalah beringat kan?


Ok, gua chow dulu. Bye

Jumaat, April 22, 2011

Aku Hampir Gila

Argghhhh..Bayangkan tiap-tiap hari buka fail kerja..tiap-tiap 2 minggu meeting..tiap-tiap malam kena google cari maklumat..hampir setiap masa ada je keje..tak penah-penah habis. Settle satu masalah, datang pulak masalah yang lain. vavi betui..urg, tension giler! 





Aku nak tido tak boleh..terpaksa buka cerita kat laptop sampai tertido..sudah-sudah kompem tak tutup lampu sebab aku takut tidur dalam gelap. Aku neh lemah semangat sikit. Nampak hantu terus jerit kowt. Korang ada berani tentang itu sama makhluk? Tak sanggup akuuuu..



 Dalam-dalam kesibukan itu, malas pasti muncul beb. Bilik dah mcm rumah tikus. Walaupun aku bela menatang kecik tue, bak kata pepatah, like binatang, like tuannya. Demmit! Hahaha..Tapi takpe wahai hamster-hamster kesayanganku. Nanti malam baba cuci ea. Sibuk sangat lor..kah kah kah..




Baju? Oh, dah lama tak basuh ngan tangan. Tak rajin. Tak sempat. Tak suka membasuh. So, pendek kata nak bini yang rajin membasuh. Kalau tak, baik kahwin ngan mesin basuh kan? Sebut pasal bini neh, nak ke orang kawen ngan pemalas cam aku neh? Hahahaha..


Beli makanan, makan sorang-sorang dalam bilik. Pastu buang je kat tepi katil. Beli lagi. Buang lagi. Beli lagi. Buang lagi. Buang lagi. Pastu naik busuk. Tapi yang bestnya, tiap-tiap minggu buang kat tong sampah besau kat bawah bangunan. Rajin kan?



Pasal kerja pula. Nak kata rajin, memang rajin. Nak kata malas, takde la pula. Tapi malangnya usaha tak dipandang tinggi oleh mereka. Agak terkilan. Tapi tak ape, at least ada je info yang aku leh sampaikan. Takde r nampak macam budak bodoh kan?


Tapi kena la beringat. Bila orang bagi amanah, kena la buat kan? Takkan nak suh korang pulak yang buat kan?


OK. dah puas merepek. Bye


Best regards,
Si Kacak Yang Comel

Brek Menyelamatkan Nyawa

Brek boleh menyelamatkan nyawa. Demikianlah yang berlaku pada hari. Ketika saya dalam perjalanan pulang ke rumah dari KLIA, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. Pada ketika itu boleh dikatakan jauh lagi jarak yang terpaksa ditempuhi oleh saya.

Selepas memakai baju hujan, saya tetap teruskan perjalanan kerana saya tahu malam makin menjelma dan saya kurang yakin menunggang motosikal ketika waktu malam dalam keadaan jalan yang licin.

Ketika melalui susur keluar ke Putra Height, tiba-tiba ada sebuah kereta proton wira cuba memintas dan memasuki susur keluar itu. Dalam keadaan yang singkat itu, kereta kancil yang berada hampir
di laluan utama itu cuba mengelak dari melanggar kereta yang tiba-tiba memintas tanpa memberi sebarang signal.

Bayangkan saat itu kelajuan motosikal walaupun 50 km/jam namun jarak kami terlalu hampir. Kereta kancil biru itu terpaksa menekan brek mengejut dan saya yang berada hampir dengannya melanggar tepi tayar belakang. Mujur pada hari kelmarin saya menukar brek saya. Jika tidak pasti saya boleh terhumban!

Cerita saya bukan terhenti ketika saat ini sahaja.
Lebih mencemaskan keadaan saat itu ada lori muatan panjang juga terpaksa menekan brek mengejut. Bayangkan keadaan jalan yang masih licin, hujan masih turun dan lori besar menekan brek. Memang nampak kesan tayar akibat dari brek mengejut itu.

Dan saat itu saya tergaman dan tanpa melengah saya berlari ke tepi jalan. Pemandu kereta kancil itu juga meluru keluar dari keretanya!

Mujurlah lori itu berjaya mengelak dari kami dan berhenti agak jauh ke depan.Tapi bingit juga la telinga bila lori itu menekan hon ketika saat cemas itu.

Saya terpandang kereta wira yang menyebabkan kami terjebak dalam keadaan yang cemas itu. Dia berhenti namun selepas lori itu berjaya berhenti, kereta itu berlalu pergi. Sangat tidak bertanggungjawab!

Drebar lori itu turun dan bertanyakan apa yang berlaku. Mujurlah motosikal tidak mengalami sebarang kerosakan melainkan sedikit calar di bahagian body nya. Kancil pula bahagian tayar ada keremukan tapi dia tidak minta ganti rugi. Katanya mujurlah tiada yang terkorban.

Jika difikirkan, sekiranya saya membiarkan brek tidak dibaiki kelmarin, kemungkinan besar saya akan tercampak akibat perlanggaran itu. Ataupun dilanggar dari belakang oleh lori itu sekiranya saya mengelak. Dan kedua-duanya pasti mendatangkan kecederaan yang teruk ataupun maut yang menanti.

Nasihat saya, pastikan brek anda berfungsi dan tayar anda berbunga ketika melalui jalan yang licin. Jika tidak, belum pasti apa yang bakal berlaku!

Yang penting bukan jasad tanpa nyawa dihantar pulang.

Selasa, April 12, 2011

Wanita Pertama Yang Masuk Ke Syurga


 Rasulullah s.a.w pernah memberitahu puteri kesayangannya Fatimah, bahawa beliau bukanlah wanita pertama yang akan masuk ke syurga. Hal itu sangat membuatkan Fatimah berasa dukacita dan cemburu lalu beliau pun bertanya kepada Rasulullah apakah amalan wanita tersebut sehingga beliau layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Rasulullah s.a.w memberitahu kepada puterinya itu supaya beliau pergi ke rumah wanita itu dan melihat sendiri amalan wanita tersebut.


Lalu, Fatimah pun bersiap-siap untuk pergi ke rumah wanita yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu. Pada kali pertama kedatangannya ke rumah wanita yang bernama Siti Muti'ah itu, Fatimah tidak dibenarkan masuk kerana suami wanita tersebut tiada di rumah dan beliau tidak mendapat keizinan daripada suaminya untuk membenarkan tetamu masuk.


Maka, Fatimah pulang kembali ke rumahnya dan akan datang semula ke rumah tersebut pada keesokan harinya. Pada hari berikutnya, Fatimah datang kembali dengan membawa dua orang puteranya, Hassan dan Hussin. Malang lagi menimpa Fatimah kerana Siti Muti'ah tidak membenarkan Fatimah masuk ke rumahnya kerana beliau hanya meminta izin dari suaminya supaya Fatimah seorang sahaja yang boleh masuk ke rumahnya manakala Hassan dan Hussin tidak boleh masuk tanpa kebenaran suaminya. Sekali lagi Fatimah pulang dengan perasaan hampa kerana tidak dapat melihat amalan wanita tersebut.


Pada hari yang ketiga barulah Fatimah diizinkan masuk ke dalam rumah Siti Muti'ah. Pada pandangan Fatimah setelah pertemuannya dengan Siti Muti'ah, tiada apa-apa yang istimewa pada wanita tersebut yang melayakkan beliau menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Sedang asyik Fatimah berbual dengan Siti Muti'ah, tiba-tiba Siti Muti'ah bangun dari duduknya dan segera bersiap-siap membuatkan Fatimah kehairanan. Rupa-rupanya wanita tersebut menyiapkan dirinya untuk menyambut kepulangan suaminya.

 
Sewaktu menyambut kepulangan suaminya, Siti Muti'ah menyediakan air dan menghidangkan sedikit makanan untuk suaminya. Beliau juga dilihat menyediakan sebuah tongkat yang akan digunakan oleh suaminya bagi menghukum Siti Muti'ah sekiranya didapati beliau melakukan kesalahan sepanjang pemergian suaminya. Siti Muti'ah juga memakai pakaian yang menarik untuk menghiburkan suaminya.


Setelah melihat adegan itu, Fatimah pulang dengan perasaan yang cukup kagum dan terharu dengan layanan yang sangat istimewa yang diberikan oleh Siti Muti'ah terhadap suaminya. Fatimah terus mendapatkan ayahandanya Rasulullah s.a.w dan menceritakan tentang peristiwa yang dilihatnya di rumah Siti Muti'ah. Dengan penuh rasa rendah diri, Fatimah memberitahu kepada Rasulullah bahawa sememangnya Siti Muti'ah sememangnya layak untuk menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga kerana ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada suaminya itu. Wallahu'alam

sumber: http://www.iluvislam.com/inspirasi/tokoh/1762-wanita-pertama-menghuni-syurga.html 

Sedikit catatan: Sebenarnya Fatimah r.a tetap juga menjadi wanita pertama yang masuk ke syurga. Cuma wanita tadi, Siti Muti'ah adalah wanita yang memegang tali kuda tunggangan Fatimah. Jadi, orang yang memegang tali kuda akan berjalan di hadapan. Sebab itulah dia dikatakan wanita pertama masuk ke syurga kerana dia adalah insan terpilih untuk memegang tali kuda tunggangan putri Rasulullah s.a.w. Wallahu'alam.

Ciri-Ciri Biasa Wanita Inginkan Terhadap Lelaki

Hi All,

Menurut pemerhati serta pakar kajian percintaan lelaki dan wanita, ada 6 perkara yang menjadi perkara penarik PALING disukai wanita kepada lelaki adalah;

1. Pemilikan (kekayaan atau harta yang boleh mencukupkan segalanya)

2. Kekuatan (kepimpinan atau kemampuan untuk melindungi)



3. Popular



4. Kacak (termasuk tinggi dan berat badan)


5. Eksklusif (kekuasan, susah untuk dimiliki)


6. Peribadi (Humor, kreatif, romantik, kepandaian)

Jadi, apa perkara yang kamu tidak miliki dari enam ini?

Ahad, April 10, 2011

Apakah Itu Cinta?

Apakah Itu Cinta?

Mereka yang tidak menyukainya menyebutnya tanggungjawab,
Mereka yang bermain dengannya, menyebutnya sebuah permainan,
Mereka yang tidak memilikinya, menyebutnya sebuah impian,
Mereka yang mencintai, menyebutnya takdir.

Kadang Tuhan yang mengetahui yang terbaik, akan memberi kesusahan untuk menguji kita.
Kadang Dia pun melukai hati, supaya hikmat-Nya mampu tertanam dalam benak fikiran kita.

Jika kita kehilangan cinta, maka pasti ada alasan di baliknya.
Alasan yang kadang sulit untuk dimengerti, namun kita tetap harus percaya bahwa ketika Dia mengambil sesuatu,
Dia telah siap memberi yang lebih baik.

Mengapa menunggu?
Kerana walaupun kita ingin mengambil keputusan, kita tidak ingin tergesa-gesa.
Kerana walaupun kita ingin sepantas memberi keputusan, kita tidak inginkan kecacatan.
Kerana walaupun kita ingin segera menemukan orang yang kita cintai, kita tidak ingin kehilangan jati diri kita dalam proses pencarian itu.

Jika ingin berlari, belajarlah berjalan dahulu,
Jika ingin berenang, belajarlah mengapung dahulu,
Jika ingin dicintai, belajarlah mencintai dahulu.

Pada akhirnya, lebih baik menunggu orang yang kita inginkan, membuat keputusan memilih apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang kita cintai, untuk kepuasan diri dengan apa yang ada.
Tetap lebih baik menunggu orang yang tepat,
Kerana hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan bersama pilihan yang salah,
kerana menunggu mempunyai tujuan yang mulia dan misteri.

Perlu kau ketahui bahwa Bunga tidak mekar dalam waktu semalam,
Kota Roma tidak dibangun dalam sehari,
Kehidupan dirajut dalam rahim selama sembilan bulan,
Cinta yang agung terus bertumbuh selama kehidupan.

Kebanyakan hal yang indah dalam hidup memerlukan waktu yang lama,
Dan penantian kita tidaklah sia-sia.
Walaupun menunggu memerlukan banyak pengorbanan
- iman, keberanian, dan pengharapan
- penantian menjanjikan satu hal yang tidak dapat seorangpun bayangkan.

Pada akhirnya. Tuhan dalam segala hikmat-Nya, meminta kita menunggu,
kerana alasan yang penting.
Kerana orang yang benar-benar beriman dan bertaqwa,
Adalah orang yang sabar.



Best regards,
Rozek Suka DiTag

Cinta Dan Waktu

Cinta Dan Waktu

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah perbagai macam benda-benda abstrak : ada Cinta, Kesedihan, Kekayaan, Kegembiraan dan sebagainya.
Mereka hidup berdampingan dengan baik.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. Cinta sangat kebingungan karena ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di
tepi pantai dan mencoba mencari pertolongan.

Sementara itu air makin naik membasahi kaki Cinta.
Tak lama Cinta melihat Kekayaan sedang mengayuh perahu.
”Kekayaan! Kekayaan! Tolong aku!” teriak Cinta.
”Aduh! Maaf, Cinta!” kata Kekayaan.
“Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini”.
Lalu Kekayaan cepat-cepat mengayuh perahunya pergi.

Cinta sedih sekali,
namun dilihatnya Kegembiraan lewat dengan perahunya.
“Kegembiraan! Tolong aku!”, teriak Cinta.
Namun kegembiraan terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tak mendengar teriakan Cinta.

Air makin tinggi membasahi Cinta sampai ke pinggang dan Cinta semakin
panik. Tak lama perahu Kecantikan melaluinya.
“Kecantikan! Bawalah aku bersamamu!”, teriak Cinta
“Wah, Cinta, kamu basah dan kotor. Aku tak boleh membawamu ikut sekali.
Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini”, sahut Kecantikan.
Cinta sedih sekali mendengarnya. Ia mulai menangis terisak-isak.

Saat itu lewatlah Kesedihan.
”Oh, Kesedihan. Bawalah aku bersamamu”, kata Cinta.
”Maaf Cinta. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...” kata Kesedihan sambil terus mengayuh perahunya.

Cinta putus asa. Ia merasakan air semakin naik dan akan menenggelamkannya. Pada saat kritikal itulah tiba-tiba terdengar suara.
”Cinta! Mari cepat naik ke perahuku!”
Cinta menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua dengan perahunya. Cepat-cepat Cinta naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.

Di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan Cinta dan segera pergi lagi.
Pada saat itu barulah Cinta sadar bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang menyelamatkannya itu. Cinta segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.
”Oh, orang tua tadi? Dia adalah Waktu” kata orang itu.
”Tapi mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku” tanya Cinta kehairanan.
”Sebab” kata orang itu
Hanya Waktulah yang tahu berapa nilai sesungguhnya dari Cinta itu...”



Moral Cerita Ini

Hargailah cinta sebelum ia tenggelam dibawa arus.

Best regards,
Rozek Suka DiTag

Sabtu, April 09, 2011

Bas Dan Cinta

Hi ALL,

Sini ada kisah yang boleh dikongsikan bersama mengenai motivasi cinta. Pada kali ini kita akan kisahkan "Bas Dan Cinta".

Cinta itu sama seperti orang menunggu bas.
Ketika datang bas pertama dan kamu bercakap,
"Wah, bas itu terlalu penuh! Tak ape, tunggu bas berikutnya"

Kemudian, bas berikutnya tiba.
Kamu melihat dan mula bercakap,
"Adeh, bas ini buruk la. Tak selesa kalau menaikinya. Tak mahu la!"

Bas seterusnya tiba, dan kelihatan bas itu sangat menarik perhatian kamu.
Namun bas itu seolah-olah tidak menyedari kehadiran kamu dan ia berlalu pergi.

Bas keempat berhenti di depan kamu.
Bas itu kosong, cukup bagus, tapi kamu cakap,
"Tiada penyaman udara. Boleh buat panas dalam cuaca terik ni!"
Maka kamu biarkan bas itu berlalu pergi.

Masa terus berlalu.
Kamu menyedari kamu bakal terlewat untuk urusan diri kamu.

Ketika bas kelima datang,
kamu sudah hilang kesabaran,
lantas kamu menaiki bas tersebut.
Setelah sekian lama, baru kamu menyedari,
Bas yang kamu naiki,
Adalah bas yang salah,
Bas yang tidak menuju ke arah destinasi kamu.



Moral Cerita Ini

Seringkali seseorang menunggu orang yang benar-benar "IDEAL" atau menepati citarasa untuk menjadi pasangan hidupnya.
Padahal tiada orang yang mampu menjadi 100% memenuhi citarasa kita.
Dan kamu juga tidak sekali-kali akan menjadi 100% sesuai keinginan dia.
Tidak salah memiliki "syarat" untuk mencari "calon",
tetapi tidak salah memberikan peluang kepada yang behenti di depan kita.
Sekurangnya dia juga memiliki arah yang kita ingin tujui..

Apabila ternyata dia bukan pasangan yang sesuai, apa yang boleh dilakukan.
Tetapi kamu juga boleh berteriak, "Berhenti" dan keluar dengan sopan.
Maka berilah peluang kepada mereka yang berhenti di depan kamu.
Semuanya bergantung pada keputusan diri kamu.

Daripada kita terpaksa berjalan kaki sendiri menuju ke arah destinasi berseorangan,
yakni menjalani hidup ini bersendirian tanpa ditemani orang yang dikasihi.

Cerita ini juga beerti,
kalau kamu menemui bas yang kosong,
kamu sukai dan boleh dipercayai,
dan tentunya memiliki sama arah dengan dirimu,
kamu dapat berusaha menghentikan bas itu di depan kamu,
dan bas itu memberikan kamu peluang untuk menaikinya.
Kerana menemukan perkara seperti itu,
adalah suatu perkara yang sangat beerti dan bernilai,
Bagi dirimu, dan juga dia.

Lalu, bas seperti apa yang kamu tunggu?

Best regards,
Rozek Suka DiTag

Jumaat, April 08, 2011

Training

Hi All,

Adeh, hari ini ada pula training dengan pihak IBM. For sure I will enjoy on this training

Isnin, April 04, 2011

Perjuangan Belum Selesai

Hi All,

Bila kita terfikir untuk mengaku kalah, cuba kita motivasikan diri dengan berfikir. "Untuk apa aku lakukan perkara ini?", "Siapa yang akan tanggung bila aku mengalah?", "Kita adalah juara bila mengaku kalah?".

Mungkin antara kita memerlukan sokongan motivasi diri untuk bertahan. Kita adalah manusia biasa. Seorang suami memerlukan seorang isteri memberikan semangat kepadanya. Seorang anak memerlukan bantuan perasaan daripada ibu bapanya untuk bertahan. Seorang kekasih juga memerlukan bantuan kekasihnya untuk menaikan semangat.

Kita juga kadang-kala mendapat bantuan semangat dari kesusahan yang dialami. Apabila kita hidup dalam kemiskinan, kita akan menjadi bersemangat untuk menjadi kaya. Jika kita dalam kelompok lelaki bukan kacak, kita akan bersemangat untuk menjadi kacak.

Kerana itulah sebagai seorang manusia, kita hendaklah belajar menjadi pendorong kepada orang lain. Percaya atau tidak, walaupun kita kadang-kala dilabel sebagai "pendesak" atau "pengacau", percayalah suatu masa nanti apabila kita tiada, barulah dia menyedari betapa pentingnya dorongan kita terhadap dia.

Best regards,
Rozek Suka DiTag